Dalam sehari dua ni, kawe ada baca beberapa hasil penulisan oleh para blogger yang mengupas satu dua - tak kira entri mengenai isu menghentam atau memperlekehkan orang lain (menganjing) atau luahan tak puas hati berkaitan dengan 'penayangan' gaya hidup yang tidak disenangi oleh sesetengah pihak.
Sekejap. Berhenti buat seketika. Sebelum baca setiap patah yang kawe tulis di bawah ni, kawe ingatkan - kawe tak menyebelahi mana-mana pihak. Sekadar pandangan peribadi kawe sahaja yang tidak megambil quote daripada mana-mana manusia terkenal ataupun ahli falsafah ulung yang pernah wujud di bumi ni. Hanya nukilan yang terhasil daripada perahan jus otak kawe kurnian agung Allah.
Menarik.
Buka sahaja ruangan komen - mungkin ada yang menyokong/memuja/, ada yang menentang dengan keras bersama hujah pendek tersendiri dan tak kurang juga yang mahu duduk atas pagar; sekadar meletakkan komen mereka untuk menunjukkan yang mereka juga blogger yang ambil kisah. Terpulang. Semua itu idea masing-masing mengikut apa yang terhadam oleh pemikiran mereka bila membaca sesetengah entri.
Menyentuh mengenai gaya hidup sesetengah blogger yang berkongsi aktiviti harian mereka dengan para pembaca. Bila mereka berceloteh tentang kehidupan peribadi mereka, secara tidak langsung mereka membuka pintu yang terbuka untuk orang luar menjengah ke ruang tamu mereka. Berani. Itu satu tindakan yang berani. Tidak semua orang mampu menzahirkan setiap aktiviti mereka kepada umum. Tidak ada apa yang salah dalam hal tu. Demo nak bercerita tentang perihal kucing siam kesayangan demo beranak 2 pun tak mengapa.
Bila bercakap tentang kebebasan bersuara - ya, kawe setuju! Kita perlu ada ruang untuk bebas bersuara. Kita berhak bersuara. Tidak kira dalam apa bentuk medium sekalipun.
Tetapi...
Setiap penulisan atau idea itu perlu datang bersama dengan tanggungjawab. Perlu ada hujah yang tersendiri bila ada orang mempersoalkan apa yang termaktub di dalam blog kamu. Kawe tak ada masalah dengan individu-individu tertentu dan kawe tak ada masalah dengan cara hidup macam mana sekalipun yang individu terebut mahu ambil. Gaya hidup Islam Hadhari ke, hedonis ke, liberal ke atau cara hidup seperti Homer Simpsons sekalipun kawe tak ada masalah. Selagi setiap peri laku mereka tidak mendatang keburukan kepada kawe tak ada masalah. Sila teruskan dengan cara hidup masing-masing.
Cuma kawe rasa cukup jengkel bila sesetengah pihak dengan semberono menulis tentang gaya kehidupan dan perlakuan yang jelas dan terang merupakan satu perbuatan yang mungkar. Atau mungkin aku silap. Andaian yang aku buat di sini adalah insan tersebut beragama Islam sebab aku tahu dia orang Melayu. Kalau dia memeluk agama lain atau dia seorang atheist - aku tak terfikirpun nak tulis benda ni. Silakan, tiada sebarang masalah.
Setiap individu mempunyai gaya yang tersendiri bila mahu bercerita. Mungkin apa yang dituliskan tiada langsung niat untuk dia bermegah diri atau berbangga dengan tindakan berani membuka segala pekung perbuatan yang terang-terangan membawa dosa. Mungkin. Itu diluar kemampuan kawe untuk masuk ke dalam pemikiran orang lain.
Seperti yang kawe cakap. Kawe cuma rasa jengkel dengan orang bersikap begitu. Bila kawe cakap jengkel; itu merujuk kepada perbuatan itu sahaja bukan merujuk kepada invidu itu secara menyeluruh. Kita bukan manusia yang maksum. Kita hanya hamba Allah yang lemah - didatangi dengan segala macam dugaan. Kawe tak marah. Tak ada langsung.
Mungkin ada orang cakap, "kalau demo tak senang dengan apa yang dia tulis dan apa yang dia buat, kenapa demo bukak blog dia?".
Ya, betul. Kawe faham. Itu blog milik eksklusif seseorang. Dia punya akaun dan punya passwordnya yang tersendiri. Faham. Kawe tidak sedangkal itu. Seperti yang kawe cakapkan kat atas, setiap apa yang hendak ditulis perlu datang dengan tanggungjawab.
Okey, bayangkan situasi mudah macam ni. Seorang budak belasan tahun (Islam) yang terumbang-ambing hidupnya tanpa bimbingan daripada mana-mana pihak - sedang tercari-cari hala tuju hidup membaca setiap patah yang kamu tuliskan. Dia suka dengan tulisan kamu. Dia suka dengan setiap falsafah yang kamu taipkan. Dia suka dengan gaya hidup kamu. Dia suka dengan keberanian kamu melakukan apa yang ditegah. Dia jadikan tulisan kamu sebagai panduan hidupnya.
Bagaimana? Mungkin kamu boleh cakap, "budak tu ada kepala otak dia sendiri, dia tahulah nak fikir."
Betul? Seratus peratus kamu pasti?
Bila blog kamu, umumnya boleh diakses oleh sesiapa sahaja, maka kamu ada tanggungjawab yang perlu kamu pikul bersama. Tidak mahu dibebani dengan tanggungjawab itu, kamu set sahaja blog itu jadi private. Tiada sebarang masalah. Kawe bukan nak menghakimi sesiapapun di sini. Itu bukan kerja kawe. Bagi kawe, kalau perbuatan yang salah itu tetap salah. Yang haram tetap haram. Hukum tetap hukum. Dosa pahala bukan kerja kawe. Hanya Allah sahaja yang tahu segala.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
kb bereh
bijok
courteous earthquakes collects spamming unforeseen aggregator scorm persian currie majority points
lolikneri havaqatsu
Catat Ulasan